Setiap manusia akan melalui zaman keremajaan mereka,begitu juga Nabi S.A.W ketikamana memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaannya. baginda mula bertungkus lumus dan menyinsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menceritakan:
"Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk mekah dengan upahnya beberapa karat sahaja."
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Rasulullah S.A.W. Oleah itu baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubungan dengan hal ini, baginda sendiri telah mernceritakan kepada kita mafhumnya:
"Aku tak pernah teringin hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar pemuda-pemuda dan orang jahiliah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu waTaala. Selepas itu aku tidak pernah ingat lagi sehingga aku diutuskan. Pada suatu ketika aku mengembala bersama seorang pemuda lain yang mana aku telah meminta beliau agar melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi bersiar-siar di kota Mekah. Pemuda itu sanggup menunaikan permintaanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah di rumah yang pertama di kota Mekah, dan aku mendengar permainan muzik dan seruling lantas aku pun bertanya, apakah bunyi-bunyian itu?. Orang disitu memberitahuku bahawa itulah majlis keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengar tetapi Allah telah menutup pendengaranku menyebabkan aku terlena sehinggalah aku terjaga semula apabila sinar cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta merta menemui sahabatku tadi. Beliau bertanya bagaimana keadaan semalam di kota mekah? lalu aku pun menceritakan apa yang telah berlaku. Disuatu malam yang lain, aku sekali lagi meminta supaya membenarkan aku keluar seperti sebelum ini. Sebaik sahaja aku sampai ke mekah, perkara yang sama berulang kembali seperti malam sebelum ini. Sejak dari itu aku tidak pernah mencuba lagi".
PENGAJARAN
Suatu hikmah Ilahi menunjukkan bahawa sebaik-baik harta adalah dari hasil perusahaan sendiri demi untuk kebaikan masyarakat dan manusia seluruhnya. Seburuk-buruk kesenangan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan langsung tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri sendiri dan masyarakat.
Pendakwah islam tidak akan mencerminkan sesuatu nilai pun sekiranya kehidupan seharian bergantung kepada pemberian dan sedekah selepas berdakwah. Sebaik-baik jalan bagi pendakwah ialah berdikari dan bergantung kepada sumber-sumber kewangan dan perusahaan sendiri tanpa menadah tangan dan meminta daripada manusia lain.Ini supaya seseorang itu tidak merasa bangga dengan pemberiannya itu yang mengakibatkan pemberi itu tidak menghiraukan suruhan dan larangan yang akan dikenakan ke atasnya.
Selain itu junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dalam mengajar umatnya bahawa bertanya itu adalah kunci ilmu.
Wallahu A'lam BisSawab