Monday, March 17, 2008

Perlindungan-NYA

Setiap manusia akan melalui zaman keremajaan mereka,begitu juga Nabi S.A.W ketikamana memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaannya. baginda mula bertungkus lumus dan menyinsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menceritakan:
"Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk mekah dengan upahnya beberapa karat sahaja."
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Rasulullah S.A.W. Oleah itu baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubungan dengan hal ini, baginda sendiri telah mernceritakan kepada kita mafhumnya:
"Aku tak pernah teringin hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar pemuda-pemuda dan orang jahiliah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu waTaala. Selepas itu aku tidak pernah ingat lagi sehingga aku diutuskan. Pada suatu ketika aku mengembala bersama seorang pemuda lain yang mana aku telah meminta beliau agar melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi bersiar-siar di kota Mekah. Pemuda itu sanggup menunaikan permintaanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah di rumah yang pertama di kota Mekah, dan aku mendengar permainan muzik dan seruling lantas aku pun bertanya, apakah bunyi-bunyian itu?. Orang disitu memberitahuku bahawa itulah majlis keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengar tetapi Allah telah menutup pendengaranku menyebabkan aku terlena sehinggalah aku terjaga semula apabila sinar cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta merta menemui sahabatku tadi. Beliau bertanya bagaimana keadaan semalam di kota mekah? lalu aku pun menceritakan apa yang telah berlaku. Disuatu malam yang lain, aku sekali lagi meminta supaya membenarkan aku keluar seperti sebelum ini. Sebaik sahaja aku sampai ke mekah, perkara yang sama berulang kembali seperti malam sebelum ini. Sejak dari itu aku tidak pernah mencuba lagi".
PENGAJARAN
Suatu hikmah Ilahi menunjukkan bahawa sebaik-baik harta adalah dari hasil perusahaan sendiri demi untuk kebaikan masyarakat dan manusia seluruhnya. Seburuk-buruk kesenangan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan langsung tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri sendiri dan masyarakat.
Pendakwah islam tidak akan mencerminkan sesuatu nilai pun sekiranya kehidupan seharian bergantung kepada pemberian dan sedekah selepas berdakwah. Sebaik-baik jalan bagi pendakwah ialah berdikari dan bergantung kepada sumber-sumber kewangan dan perusahaan sendiri tanpa menadah tangan dan meminta daripada manusia lain.Ini supaya seseorang itu tidak merasa bangga dengan pemberiannya itu yang mengakibatkan pemberi itu tidak menghiraukan suruhan dan larangan yang akan dikenakan ke atasnya.
Selain itu junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dalam mengajar umatnya bahawa bertanya itu adalah kunci ilmu.
Wallahu A'lam BisSawab

13 comments:

izyan said...

subhanallah..rasullah semamngnya di pelihara....
itu adalah tanda2 y beliau akan membawa sinar baru u kita...
dan perilaku baginda
harus di teladani o seme remaja muslim..ahsanta!!!

north & south said...

tiada ssiapapn yg lbh agung dari Rasulullah S.A.W. dirinya djaga oleh ALLAH, memng dlhrkn utk mnjadi rahmat skalian alam, 'rahmatal lilalamin'...
dan dialah qudwah hasanah bagi kita sbgai umatnya...
smga crita ini mnjadi contoh dan teladan dan juga dapt dikut bersama..insyallh..
La Biblioteque, Nasionale De' France'...mksdnya...
slmat maju jaya..

Anonymous said...

yap..sejarah sering membuktikan bahawa nabi allah muhammad s.a.w adalh qudwah hasanah yang terbek untuk sekalian umat manusia.biarpun pada segenap agama sekalipun..inilah contoh yang syumul,baik dari segi akhlak terhadap tuhan,manusia,jin dan segenap makhluk tuhan,tetapi hari ini
nabi allah ini sering kali dipecacatkan imej nya oleh bangsat2 yahudi.dengan mengunakan pena,karikatur dan kini ia semakin berani menghina nibi allah ini dengan menerbitkan satu filem pendek(FITNA)..dan mungkin blogs inilah merupakan salah satu media dakwah kita dalam menyebarkan kebenaran dan merungkai yang batil..jadi dalam medan ini marilah samw2 kita merungkai yang mutasybihat dan kita ambil yang muhkamat agar mendapat satu hakikat...ayuh anak bangsa!!!!

north & south said...

DRPD FAIZUL ISAK

RASULULLAH MANUSIA CONTOH, BERPERIBADI MULIA BERPANDANGAN JAUH. BIJAK, SABAR DAN BERILMU SERTA HEBAT DALAM PERJUANGAN. KEPERIBADIANNYA MANTAP TIADA KEKURANGAN. OLEH SEBAB ITU KEPERIBADIANNYA HENDAKLAH DIJADIKAN SEBAGAI PANDUAN KITA SEMUA AGAR KITA DAPAT MEMBINA AKHLAK YANG LEBIH BAIK DARI SEMASA KE SEMASA UNTUK MEMBENTUK PERIBADI YAND TERPUJI BAGI MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT KELAK. WASSALAM....

azna said...
This comment has been removed by the author.
azna said...

tini
rasullah sememangnya sentiasa dipelihara oleh ALLAH SWT.baginda merupakan roll model yang terbaik untuk umat islam.kita sewajarnya mengikuti semua sikap dan teladan baik dari rasullulah.

muhammad sebagai khudwah hasanah
dijaga ALLAH sebagai maksum
indah pekerti menjadi contoh
untuk umat sekelian alam

azna said...

Gee....
Kisah yg mnarik u d jadikan sbg ikhtibar n ikutn dlm khidupan kt.ssguhnya baginda adalh sebaik-baik ikutan.Allah s.w.t sendiri tlh meletakkan kjyaan m'sia dlm agama dan khidupan adlah mlalui sjauh mana m'sia dpt taat pd perintah Allah n ikut cra nabi s.a.w itulah kjyaan y sbenarnya..semoga kalamnya mjdi motivasimu,smoga jihadnya mjd inspirasimu,soga sirahnya m'guatkan aqidh p'juanganmu.semarakkanlh cinta kpd baginda....

aisya humaira said...

alhamdulillah....
akhirnya kita dapat bersama-sama membicarakan tentang keperibadian nabi muhammad..nabi muhammad sememangnya nabi yang mulia dan mempunyai akhlak yang begitu terpuji,.subhanallah..dan kita sebgai umatnya mestilah mencontohi keperibadian nabi dan sama-sama mengembangkan syiar islam...

safa87 said...

assalammualaikum..
sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W..adalah umat yang paling mulia di sisi ALLAH..teruskan menulis kisah2 nabi junjungan kite..sbgai satu cth dan teladan yang baik pada umat islam..
n god job..wasslam..

syazwanileeya said...

ok..tahniah dapat buat blog nie..TERUSKAN USAHA..

hUsNa & FaZiLaH said...

FROM HUSNA N FAZILAH
SLM ..CTER DH OK...TRUSKN PNULISN ANDA..BGUSLA WT BLOG GNI..RMAI RMJA SKRG XBP TAU..SO TRUSKN LH MNULIS BLOG NII..
WLM..GD LUCK

penyamun said...

salam..syabs di ats usaha anda dalam menyampaikan dakwah..semoga dengan terhasilnya blog ini manjadi satu medan dakwah kepada kita semua..

muhamad zamri bin yusof

sarahyati said...

salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....